Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 21 June 2015

Di sini...

Berada di sini,
Dalam kesunyian yang nyata..
Berada di sini,
Dalam terang mata..
Berada di sini
Keseorangan aku
Walau telah berlalu masa..

Masih mencari hala
Masih mencari jalan
masih mencari jalan........

Jalan apa lagi mahu mu hati
Masih menanti disitu, atau terus menunggu
Atau mungkin juga aku, yang jelas
Tidak mahu berganjak dari masa lalu
Atau mungkin juga aku
menyesali segalanya.....

Tanya pada kaki, 
Apa sebab mu disini..
Tanya pada hati,
Apa niat mu untuk berada di sini..
Mahukan kaki? Mengikut kehendakmu kah kaki?
Relakah mu hati? Mengikut kehendakmu kah hati?

Sudahnya, aku tetap di sini
Tetap segalanya, 
Tetap selamanya begini
Menunggu bergantinya hari...

-musafirtimur-

No comments:

Post a Comment