Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 2 June 2015

Musafir Timur dan CTRM, tak de apa pun la...





Assalamualaikum sekalian, pernah dengar tak CTRM? mesti tak pernah kan? mesti la, orang-orang yang belajar bidang composite, flying yang berkaitan dengan aerospace biasa le dengar kot.

CTRM atau nama panjang nya Composite Technology Research Malaysia sdn bhd , terletak di Batu Berendam, Melaka, dan aku selama hampir 1 tahun menetap di melaka laaa. okehh berbalik kepada syarikat ni, adalah sebuah syarikat merupakan syarikat pemegang pelaburan yang terlibat dalam penghasilan bahagian komponen komposit yang pertama di Malaysia la kot. ke ada aku tak perasan syarikat yang lebih kurang macam ni?

logo syarikat, pernah nampak tak?
haa, syarikat ini mengutamakan tiga aspek iaitu  aeroangkasa, komposit dan kejuruteraan.

Antara anak buah syarikat ni adalah  CTRM Aero Composites Sdn. Bhd. terlibat dalam penghasilan komponen komposit. CTRM Aviation Sdn. Bhd dan lain lagi


Syarikat ni bekerjasama dengan banyak syarikat luar negara contoh korea. tengok aje laa..syarikat ni as a pembekal or whatever to part2 kapal terbang. logo kat bawah ni adalah antara pelanggan syarikat ni..
















okeyy,, aku bukan nak cerita pasal Ctrm sangat pun, kalau nak tahu lebih lanjut pasal Ctrm boleh la search mana2 blog yang lain ye,


aku nak cerita tentang apa2 je la,,macam mana aku boleh terlibat dengan dunia aero composite ni? hmmmmm panjang cerita nya, di pendekkan, aku buat Sijil in Advance Composite, dekat Ctrm Academy, aku belajar semua proses dalam penghasilan komponen komposit ni laa, belajar secara teori je, dan haaa,, aku ada lukis kapal terbang sendiri walaupun tak cantik...  dan secara praktikal aku belajar tak banyak pun, aku belajar 2 proses je, kitting dan final inspection. 2 tu pun dah banyak ilmu yang aku dapat. tak pernah aku terfikir aku belajar bidang ni, iye laaa,, lain yang di rancang, lain yang jadi. kannn..



lukisan pertama aku.

so after habis buat sijil tu, aku terus masuk training bawah Final Inspection Department, bawah seliaan kak assha. he wo hen xihuan kak assha hen duo laa,, tegas . at first kami bertiga, aku, kak yah dan ika duk bawah jabatan yang sama, but after that ika transfer to other department. so tinggal aku dan kak yah saja, but still kami tak duduk bawah 1 project.


bawah kak assha , iaitu project A400M, kapal defense, buat part2 kapal terbang and aku was assign as quality control laaa.. dah belajar nak jadi quality control so must be quality control inspector right.

baju masa kerja dulu aku cetak nama sendiri. sebab takot tertukar dengan budak rumah.







cek panel
junaidy dan abg abul 
cek radius betul ke tak tu.. bukan tangan aku, ni tangan razie runner 
kak yah cek paper work



gambar kat atas ni antara kerja2 yang di buat la, masa aku dekat Final Inspection,

lepas tu aku di tukarkan ke Kitting, jadi qc kat sana pulak, asalnya aku sekadar ganti tempat kosong sementara cuma backup je untuk 3 4 minggu tapi last2 lama pulak, siap nak serap masuk kitting lagi but nak buat macam mana, selesa di FI lagi hehehe..


cua yg bersungguh2 buat kerja sementara aku curi tulang ambil gambar

haaa begitu la kisah nya, kalau nak cerita pasal ctrm ni saja panjang tapi ni dah habis pendek aku buat,

eh sekarang dah tak kerja lagi dah, dah resign dan sambung belajar kat utara ni haaa, jauh tercampak...

tapi nampak macam jodoh dengan ctrm kuat sebab sampai sekarang aku still dapat baju..

terima kasih sebab bagi baju..

Antara baju aku dapat 



            


           

            

            

  

itu saja la.... dahhh.. nak study lak, exam dah dekatttt sangat ni

2 comments:

  1. salam sis , nak tanya interview untuk kursus disana ada kan . untuk lepasan diploma . soalan apa yg biasa ditanta ya ��

    ReplyDelete
  2. kalau saya grad degree mekanikal cerah tak harapan nak dapat kerja sini

    ReplyDelete