Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 23 June 2015

Jangan Ada Benci...

haaaa.. tadi study sambil tu dengar THR Gegar kat lappy ni, pastu tetiba je ada lagu Jangan Ada Benci, pastu terus teringat hekhekhek

Kali pertama dengar lagu ni masa form 4, masa tu aku join Kolokium Pendidikan dan Pencegahan Dadah kat chalet kat marang tu apetah nama lupa dah... tapi tu la kali pertama aku dengar lagu ni... last day kolokium kann adag sedih la gitu ..hmmm


dengar je lagu ni aku dah melayang layang dah fikir macam. padahal nya aku tengah study tu,,

aku lupa diri sikit ni padaha esok aku nak exam, ohh takk,, esok apa,, hari ni, dah masuk hari baru dah pun...
exam bsmh,,, human resources management, harap dapat la jawab dengan jaya nya...

nak letak lirik lagu jangan ada benci ....bior le blog aku. kisah lak aku nk letak apa pun, suka aty aku la...



Jangan Ada Benci – Casey


Andainya ada di antara kita nanti

Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian

Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti

Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia

Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati



masa diploma

masa sijil

masa degree


ohhh masa degree tak cukup kuota lagi, semua sekali 16 orang, tak pe,, nanti kita ambik gambar sama2 ramai2 ye..

masa diploma, sijil, degree... begitu la hidup aku,,,
ambik diploma dulu, lepas tu baru sijil. last ni baru degree..

jangan ada benci yaa...


aishhhhh.. tak dak masa dah.. nak studyyyy esok pagi exam oiii...
zaijiannn

Sunday, 21 June 2015

Di sini...

Berada di sini,
Dalam kesunyian yang nyata..
Berada di sini,
Dalam terang mata..
Berada di sini
Keseorangan aku
Walau telah berlalu masa..

Masih mencari hala
Masih mencari jalan
masih mencari jalan........

Jalan apa lagi mahu mu hati
Masih menanti disitu, atau terus menunggu
Atau mungkin juga aku, yang jelas
Tidak mahu berganjak dari masa lalu
Atau mungkin juga aku
menyesali segalanya.....

Tanya pada kaki, 
Apa sebab mu disini..
Tanya pada hati,
Apa niat mu untuk berada di sini..
Mahukan kaki? Mengikut kehendakmu kah kaki?
Relakah mu hati? Mengikut kehendakmu kah hati?

Sudahnya, aku tetap di sini
Tetap segalanya, 
Tetap selamanya begini
Menunggu bergantinya hari...

-musafirtimur-

Friday, 19 June 2015

kau tahu, aku rindu...

Rindu ... rindu kann.. rindu semua... tapi ada bahagian kita tak dapat tunjukkan.. tak pe, aku simpan..

kau tahu?
aku rindu..
rindu dengan rutin aku yang dulu,
rindu dengan diri aku yang dulu,
rindu dengan suasana yang dulu,

kau tahu?
aku sayang semua
aku cuba buat sehabis baik
walaupun aku tak dapat buat yang terbaik

kau tahu?
akuuu...
aku sanggup bersama mereka,
bersama menemani
bersama mengharungi
bersama untuk segala suka dan duka

tapi kau tahu?
mereka, ada kala duka
hilang kala bahagia

mana-mana kau pergi pasti kau ketemu
orang yang sebegitu
tidak tahu menghargai apa di beri
harap 1 hari nanti mereka mengerti
apa yang aku rasa
bila mereka sendiri merasai

mungkin tanpa sedar
tona kata ku meninggi
mungkin juga tanpa sedar
tingkah laku aku menyebal dihati
namun aku akan kembali sedar diri

dan kau..
kau yang aku tak kenali
menaip kau
tuju kata pada kau
bercerita pada kau
yang entah siapa-siapa
harap engkau mengerti
dunia ini tak seperti yang kau idami...



dari aku...

aku musafir di sini
satu saat nanti
aku juga akan kembali
kepada mu duhai permata hati
yang ku tinggal sekejap untuk menanti.

Thursday, 18 June 2015

Minggu Peperiksaan dan Ramadhan

Assalamualaikum,, lama sudah rasa tak update blog ni. almaklumkah sibuk je manjang.
kalau tak sibuk pun tak update jugak nya bila dah malas menguasai diri tu, haa kannnnn,, kalau malas tu memang tak dapat tolong le ye dak..

minggu ni minggu peperiksaan, minggu lepas dah alhamdulillah selesai 4 paper yang hmmmmm tak yakin dengan jawapan yang aku tulis tu tapi harapnya dapat la gred yang elok sikit, yang teramat terkilan super sedih nak menangis tu paper OB, alaa Ob je pun kannn, yelaaaaaaaaaa... Ob je pun dah nak buat macam mana, tang masa hari exam tu aku blur sangat2, aduhaiii itu yang rasa nak menangis tu, sekarang ni tinggal 2 paper lagi, HRM dgan Bkal. ok Bkal yang tak ku cintai tu, alaaaa susah la mengira, tak suka tak pandai tak reti semua tak laa...

haaa lupa pulak. hari ni kan, hari ni kan, hari ni hari pertama puasa tanggal 1 ramadhan,
yeahhhh berpuasa di universiti haa tahun ni. tahun lepas aku still kerja jadi tak puasa kat rumah, tahun lepas puasa kat melaka, merantau ku di negeri orang. 
tapi tahun lepas seronok sebab tahun pertama aku puasa plus kerja plus duk rumah sewa masak2 bila nak buka puasa sahur dannnnn pertama kalinya aku puasa kerja shift pagi seminggu malam seminggu. tapi sangat seronok, sekarang kat Unibersiti ni ermmm seronok jugak la kot. kot la..
tapi tak sabar nak balik rumah, iyeee dah hampir 5 tahun puasa di perantauan, nak jugak guna perantauan tu , yelaa musafir kan hehehe...

aku dan kawan-kawan.. haa tahu takkk.. ada yang tak puasa, ishh3 apa laaa tak puasa tapi normal la kan. saja je cakap hahaha

puasa jangan di lupa peperiksaan, esok start study hr laa, dah sehari duk buang masa ni,,  esok saya berjanji saya tak akan buang masa lagi dan say berjanji saya akan mengulang kaji, saya berrrrrrjanji tos tos tos..

haaa lupa, lepas habis ni , ehh biar la masa mana pun tak kisah ikut suka hati aku la, aku nak letak video yang buat ary tu, dah lama terperap dalam youtube tu, tak pe nanti cuba terai buat, baikk.

nanti sambung , tak leh buat ayat pulak, sebab aku, huk huk ,, aku lapar, wo yijing e le,. nak cari makan sat. 


Tuesday, 2 June 2015

Musafir Timur dan CTRM, tak de apa pun la...





Assalamualaikum sekalian, pernah dengar tak CTRM? mesti tak pernah kan? mesti la, orang-orang yang belajar bidang composite, flying yang berkaitan dengan aerospace biasa le dengar kot.

CTRM atau nama panjang nya Composite Technology Research Malaysia sdn bhd , terletak di Batu Berendam, Melaka, dan aku selama hampir 1 tahun menetap di melaka laaa. okehh berbalik kepada syarikat ni, adalah sebuah syarikat merupakan syarikat pemegang pelaburan yang terlibat dalam penghasilan bahagian komponen komposit yang pertama di Malaysia la kot. ke ada aku tak perasan syarikat yang lebih kurang macam ni?

logo syarikat, pernah nampak tak?
haa, syarikat ini mengutamakan tiga aspek iaitu  aeroangkasa, komposit dan kejuruteraan.

Antara anak buah syarikat ni adalah  CTRM Aero Composites Sdn. Bhd. terlibat dalam penghasilan komponen komposit. CTRM Aviation Sdn. Bhd dan lain lagi


Syarikat ni bekerjasama dengan banyak syarikat luar negara contoh korea. tengok aje laa..syarikat ni as a pembekal or whatever to part2 kapal terbang. logo kat bawah ni adalah antara pelanggan syarikat ni..
















okeyy,, aku bukan nak cerita pasal Ctrm sangat pun, kalau nak tahu lebih lanjut pasal Ctrm boleh la search mana2 blog yang lain ye,


aku nak cerita tentang apa2 je la,,macam mana aku boleh terlibat dengan dunia aero composite ni? hmmmmm panjang cerita nya, di pendekkan, aku buat Sijil in Advance Composite, dekat Ctrm Academy, aku belajar semua proses dalam penghasilan komponen komposit ni laa, belajar secara teori je, dan haaa,, aku ada lukis kapal terbang sendiri walaupun tak cantik...  dan secara praktikal aku belajar tak banyak pun, aku belajar 2 proses je, kitting dan final inspection. 2 tu pun dah banyak ilmu yang aku dapat. tak pernah aku terfikir aku belajar bidang ni, iye laaa,, lain yang di rancang, lain yang jadi. kannn..



lukisan pertama aku.

so after habis buat sijil tu, aku terus masuk training bawah Final Inspection Department, bawah seliaan kak assha. he wo hen xihuan kak assha hen duo laa,, tegas . at first kami bertiga, aku, kak yah dan ika duk bawah jabatan yang sama, but after that ika transfer to other department. so tinggal aku dan kak yah saja, but still kami tak duduk bawah 1 project.


bawah kak assha , iaitu project A400M, kapal defense, buat part2 kapal terbang and aku was assign as quality control laaa.. dah belajar nak jadi quality control so must be quality control inspector right.

baju masa kerja dulu aku cetak nama sendiri. sebab takot tertukar dengan budak rumah.







cek panel
junaidy dan abg abul 
cek radius betul ke tak tu.. bukan tangan aku, ni tangan razie runner 
kak yah cek paper work



gambar kat atas ni antara kerja2 yang di buat la, masa aku dekat Final Inspection,

lepas tu aku di tukarkan ke Kitting, jadi qc kat sana pulak, asalnya aku sekadar ganti tempat kosong sementara cuma backup je untuk 3 4 minggu tapi last2 lama pulak, siap nak serap masuk kitting lagi but nak buat macam mana, selesa di FI lagi hehehe..


cua yg bersungguh2 buat kerja sementara aku curi tulang ambil gambar

haaa begitu la kisah nya, kalau nak cerita pasal ctrm ni saja panjang tapi ni dah habis pendek aku buat,

eh sekarang dah tak kerja lagi dah, dah resign dan sambung belajar kat utara ni haaa, jauh tercampak...

tapi nampak macam jodoh dengan ctrm kuat sebab sampai sekarang aku still dapat baju..

terima kasih sebab bagi baju..

Antara baju aku dapat 



            


           

            

            

  

itu saja la.... dahhh.. nak study lak, exam dah dekatttt sangat ni