Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 23 June 2015

Jangan Ada Benci...

haaaa.. tadi study sambil tu dengar THR Gegar kat lappy ni, pastu tetiba je ada lagu Jangan Ada Benci, pastu terus teringat hekhekhek

Kali pertama dengar lagu ni masa form 4, masa tu aku join Kolokium Pendidikan dan Pencegahan Dadah kat chalet kat marang tu apetah nama lupa dah... tapi tu la kali pertama aku dengar lagu ni... last day kolokium kann adag sedih la gitu ..hmmm


dengar je lagu ni aku dah melayang layang dah fikir macam. padahal nya aku tengah study tu,,

aku lupa diri sikit ni padaha esok aku nak exam, ohh takk,, esok apa,, hari ni, dah masuk hari baru dah pun...
exam bsmh,,, human resources management, harap dapat la jawab dengan jaya nya...

nak letak lirik lagu jangan ada benci ....bior le blog aku. kisah lak aku nk letak apa pun, suka aty aku la...



Jangan Ada Benci – Casey


Andainya ada di antara kita nanti

Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian

Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti

Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia

Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati



masa diploma

masa sijil

masa degree


ohhh masa degree tak cukup kuota lagi, semua sekali 16 orang, tak pe,, nanti kita ambik gambar sama2 ramai2 ye..

masa diploma, sijil, degree... begitu la hidup aku,,,
ambik diploma dulu, lepas tu baru sijil. last ni baru degree..

jangan ada benci yaa...


aishhhhh.. tak dak masa dah.. nak studyyyy esok pagi exam oiii...
zaijiannn

Sunday, 21 June 2015

Di sini...

Berada di sini,
Dalam kesunyian yang nyata..
Berada di sini,
Dalam terang mata..
Berada di sini
Keseorangan aku
Walau telah berlalu masa..

Masih mencari hala
Masih mencari jalan
masih mencari jalan........

Jalan apa lagi mahu mu hati
Masih menanti disitu, atau terus menunggu
Atau mungkin juga aku, yang jelas
Tidak mahu berganjak dari masa lalu
Atau mungkin juga aku
menyesali segalanya.....

Tanya pada kaki, 
Apa sebab mu disini..
Tanya pada hati,
Apa niat mu untuk berada di sini..
Mahukan kaki? Mengikut kehendakmu kah kaki?
Relakah mu hati? Mengikut kehendakmu kah hati?

Sudahnya, aku tetap di sini
Tetap segalanya, 
Tetap selamanya begini
Menunggu bergantinya hari...

-musafirtimur-

Friday, 19 June 2015

kau tahu, aku rindu...

Rindu ... rindu kann.. rindu semua... tapi ada bahagian kita tak dapat tunjukkan.. tak pe, aku simpan..

kau tahu?
aku rindu..
rindu dengan rutin aku yang dulu,
rindu dengan diri aku yang dulu,
rindu dengan suasana yang dulu,

kau tahu?
aku sayang semua
aku cuba buat sehabis baik
walaupun aku tak dapat buat yang terbaik

kau tahu?
akuuu...
aku sanggup bersama mereka,
bersama menemani
bersama mengharungi
bersama untuk segala suka dan duka

tapi kau tahu?
mereka, ada kala duka
hilang kala bahagia

mana-mana kau pergi pasti kau ketemu
orang yang sebegitu
tidak tahu menghargai apa di beri
harap 1 hari nanti mereka mengerti
apa yang aku rasa
bila mereka sendiri merasai

mungkin tanpa sedar
tona kata ku meninggi
mungkin juga tanpa sedar
tingkah laku aku menyebal dihati
namun aku akan kembali sedar diri

dan kau..
kau yang aku tak kenali
menaip kau
tuju kata pada kau
bercerita pada kau
yang entah siapa-siapa
harap engkau mengerti
dunia ini tak seperti yang kau idami...



dari aku...

aku musafir di sini
satu saat nanti
aku juga akan kembali
kepada mu duhai permata hati
yang ku tinggal sekejap untuk menanti.

Thursday, 18 June 2015

Minggu Peperiksaan dan Ramadhan

Assalamualaikum,, lama sudah rasa tak update blog ni. almaklumkah sibuk je manjang.
kalau tak sibuk pun tak update jugak nya bila dah malas menguasai diri tu, haa kannnnn,, kalau malas tu memang tak dapat tolong le ye dak..

minggu ni minggu peperiksaan, minggu lepas dah alhamdulillah selesai 4 paper yang hmmmmm tak yakin dengan jawapan yang aku tulis tu tapi harapnya dapat la gred yang elok sikit, yang teramat terkilan super sedih nak menangis tu paper OB, alaa Ob je pun kannn, yelaaaaaaaaaa... Ob je pun dah nak buat macam mana, tang masa hari exam tu aku blur sangat2, aduhaiii itu yang rasa nak menangis tu, sekarang ni tinggal 2 paper lagi, HRM dgan Bkal. ok Bkal yang tak ku cintai tu, alaaaa susah la mengira, tak suka tak pandai tak reti semua tak laa...

haaa lupa pulak. hari ni kan, hari ni kan, hari ni hari pertama puasa tanggal 1 ramadhan,
yeahhhh berpuasa di universiti haa tahun ni. tahun lepas aku still kerja jadi tak puasa kat rumah, tahun lepas puasa kat melaka, merantau ku di negeri orang. 
tapi tahun lepas seronok sebab tahun pertama aku puasa plus kerja plus duk rumah sewa masak2 bila nak buka puasa sahur dannnnn pertama kalinya aku puasa kerja shift pagi seminggu malam seminggu. tapi sangat seronok, sekarang kat Unibersiti ni ermmm seronok jugak la kot. kot la..
tapi tak sabar nak balik rumah, iyeee dah hampir 5 tahun puasa di perantauan, nak jugak guna perantauan tu , yelaa musafir kan hehehe...

aku dan kawan-kawan.. haa tahu takkk.. ada yang tak puasa, ishh3 apa laaa tak puasa tapi normal la kan. saja je cakap hahaha

puasa jangan di lupa peperiksaan, esok start study hr laa, dah sehari duk buang masa ni,,  esok saya berjanji saya tak akan buang masa lagi dan say berjanji saya akan mengulang kaji, saya berrrrrrjanji tos tos tos..

haaa lupa, lepas habis ni , ehh biar la masa mana pun tak kisah ikut suka hati aku la, aku nak letak video yang buat ary tu, dah lama terperap dalam youtube tu, tak pe nanti cuba terai buat, baikk.

nanti sambung , tak leh buat ayat pulak, sebab aku, huk huk ,, aku lapar, wo yijing e le,. nak cari makan sat. 


Tuesday, 2 June 2015

Musafir Timur dan CTRM, tak de apa pun la...





Assalamualaikum sekalian, pernah dengar tak CTRM? mesti tak pernah kan? mesti la, orang-orang yang belajar bidang composite, flying yang berkaitan dengan aerospace biasa le dengar kot.

CTRM atau nama panjang nya Composite Technology Research Malaysia sdn bhd , terletak di Batu Berendam, Melaka, dan aku selama hampir 1 tahun menetap di melaka laaa. okehh berbalik kepada syarikat ni, adalah sebuah syarikat merupakan syarikat pemegang pelaburan yang terlibat dalam penghasilan bahagian komponen komposit yang pertama di Malaysia la kot. ke ada aku tak perasan syarikat yang lebih kurang macam ni?

logo syarikat, pernah nampak tak?
haa, syarikat ini mengutamakan tiga aspek iaitu  aeroangkasa, komposit dan kejuruteraan.

Antara anak buah syarikat ni adalah  CTRM Aero Composites Sdn. Bhd. terlibat dalam penghasilan komponen komposit. CTRM Aviation Sdn. Bhd dan lain lagi


Syarikat ni bekerjasama dengan banyak syarikat luar negara contoh korea. tengok aje laa..syarikat ni as a pembekal or whatever to part2 kapal terbang. logo kat bawah ni adalah antara pelanggan syarikat ni..
















okeyy,, aku bukan nak cerita pasal Ctrm sangat pun, kalau nak tahu lebih lanjut pasal Ctrm boleh la search mana2 blog yang lain ye,


aku nak cerita tentang apa2 je la,,macam mana aku boleh terlibat dengan dunia aero composite ni? hmmmmm panjang cerita nya, di pendekkan, aku buat Sijil in Advance Composite, dekat Ctrm Academy, aku belajar semua proses dalam penghasilan komponen komposit ni laa, belajar secara teori je, dan haaa,, aku ada lukis kapal terbang sendiri walaupun tak cantik...  dan secara praktikal aku belajar tak banyak pun, aku belajar 2 proses je, kitting dan final inspection. 2 tu pun dah banyak ilmu yang aku dapat. tak pernah aku terfikir aku belajar bidang ni, iye laaa,, lain yang di rancang, lain yang jadi. kannn..



lukisan pertama aku.

so after habis buat sijil tu, aku terus masuk training bawah Final Inspection Department, bawah seliaan kak assha. he wo hen xihuan kak assha hen duo laa,, tegas . at first kami bertiga, aku, kak yah dan ika duk bawah jabatan yang sama, but after that ika transfer to other department. so tinggal aku dan kak yah saja, but still kami tak duduk bawah 1 project.


bawah kak assha , iaitu project A400M, kapal defense, buat part2 kapal terbang and aku was assign as quality control laaa.. dah belajar nak jadi quality control so must be quality control inspector right.

baju masa kerja dulu aku cetak nama sendiri. sebab takot tertukar dengan budak rumah.







cek panel
junaidy dan abg abul 
cek radius betul ke tak tu.. bukan tangan aku, ni tangan razie runner 
kak yah cek paper work



gambar kat atas ni antara kerja2 yang di buat la, masa aku dekat Final Inspection,

lepas tu aku di tukarkan ke Kitting, jadi qc kat sana pulak, asalnya aku sekadar ganti tempat kosong sementara cuma backup je untuk 3 4 minggu tapi last2 lama pulak, siap nak serap masuk kitting lagi but nak buat macam mana, selesa di FI lagi hehehe..


cua yg bersungguh2 buat kerja sementara aku curi tulang ambil gambar

haaa begitu la kisah nya, kalau nak cerita pasal ctrm ni saja panjang tapi ni dah habis pendek aku buat,

eh sekarang dah tak kerja lagi dah, dah resign dan sambung belajar kat utara ni haaa, jauh tercampak...

tapi nampak macam jodoh dengan ctrm kuat sebab sampai sekarang aku still dapat baju..

terima kasih sebab bagi baju..

Antara baju aku dapat 



            


           

            

            

  

itu saja la.... dahhh.. nak study lak, exam dah dekatttt sangat ni

Tuesday, 26 May 2015

Hanyu Ke



Niat nya hari ni nak post entry pasal DEEP milkysmile tapi biau le dulu simpan buat pekasam hahaha milkysmile jadi nya cerita sekarang pasal Hanyu Ke, hanyu ke ke ke ...

Hanyu Ke tu Kelas Mandarin la, so today is the last class milkysmile jadi minggu depan tak yah la rajin nau nak pegi kelas, haa tak payah, sebab nya minggu depan dah start exam and the first paper is Mandarin., di ulang sekali lagi , Xia ge xingqi de Hanyu Kaoshi, so patut hepi ke patut sedih ni? milkysmile hahaha..

bila tah nak study rajin-rajin ni milkysmile bila kah masa nya aku fokus masa belajar, aishhhh fokus please, fokusssss . .

ehh malas nak cerita lebih-lebih , right now i just wanna upload da picture je, gambau sepanjang belajau untuk level 2 dengan Wo de laoshi, ehhh lupa lak nak kenalkan laoshi kita, nama nya Huang Jun but just call her Nina, Wo de pengyou Afikah hen xihuan ta milkysmile . Afikah shuo, laoshi hen piaoliang suoyi ta hen duo xihuan Nina. entah apa dia suka pun tak tahu la, danshi wo ye xihuan Nina hahaha milkysmile zhende ma?

okey la . ehhh mana gambau niii, haiyaaaa tak upload lagi, Deng yixia.

gambau sepanjang buat video


satu-satu nya group members lelaki, nama nya Firdaus joe roy ape je la, a.k.a cameraman, tukang buat video edit video, nampak begitu gigih hahaha


ni namanya Musafir Timur, apa dia buat tu?.. ehh baju biru ni dia pakai 4 hari berturut-turut sebab shooting video mandarin punya pasal, tapi tak pe dia basuh baju tu, haha
ni pun group members yang satu-satunya lain agama but im not racist ok aku terima je siapa jadi group members aku seadanya, nama nya Sharmila. dia gigih menghafal skrip. gigih kannn


ni sape tak kenal, dari mandarin level 1 lagi 1 kelas 1 group dengan dia, nama nya Afikah, yeahh Afikah tunang kepada Mr Fad hhaha. dia pun tak kalah gigih bersungguh-sungguh hafal skrip. Afikahhhh kita dah habis shooting la. hahaha


last day making video, nampak tak betapa gembira nya firdaus dengan afikah dengan sharmila tu, tapi Afikah tu macam over happy sampai terbuka mulut hahahaha






aku tak suka buat yang love2 tu sebab macam biasa mesti tak jadi punya, pastu mesti tutup muka aku, aishhh tak suka, tapi tak pe la kita tunggu level 3 pulak macam mana..


harap nya level 3 nanti still dengan Nina Laoshi, i hope so, qing gaosu wo yang aku akan sekelas dengan Nina laoshi lagi nanti milkysmile ,


okeh dah nak bersiap dah lambat nak pegi kelas, nanti abg bas tinggal pulak


you stalk him, such a stalker.

tajuk tak de kena mengena dengan aku sama ada aku dah mati atau belum, ehhh merapu...haha

stalk or stalker or whatever, mesti korang pernah buat kan, kan, menipu sangat la kalau tak pernah usha someone u admire kan, crush dalam diam, ahahaha. tu mesti korang http://matcuoi.com


mesti korang ada kan,  admit la korang pun ada juga stalking someone, but it doesnt meant korang suka dia kan, korang mesti ada just stalk someone for no reason, am i right?. entah kenapa korang stalk fb someone, bila dia online tu rasa wahhhh finally online same time with you, but tu je la, tak de maksud apa-apa yang tersurat dan tersirat.


apa sebenarnya stalk, stalker, stalking tu, kalau nak tahu search la kat blog orang lain, malas pulak rasa nya nak bagi definasi kat sini, hahahaha


haa sampai ada 1 status tu aku baca, katanya  'Saya stalk FB dia tapi saya tak like status dan gambar dia lebih dari 2 sebab saya tak nak dia tahu yang saya stalk FB dia... hahahaha, sebak pulak aku bila baca status orang tu, sebak plus kelakar sikit, haha,. sian dia, entah macam mana la ending dia ek....


stalk ni ada kebaikan dan keburukan.. what?? ada kebaikan dan keburukan??.. apa kamu ingat ni nak buat karangan tentang kebaikan dan keburukan, sudah laaa, 


pandangan aku je la,  when u stalk another person's profile,  you may be able to know who he really is. kann, biasa la dalam laman sosial ni baru kita tahu macam mana perangai orang tu yang sebenarnya, keluar semua belang-belang, ahahaha lagak nya seperti harimau sahaja belang-belang tu.
dari situ juga la kau dapat tahu apa dia buat, kalau dia single and available u must relief right,http://matcuoi.com pastu kalau lah kau dah lama stalk dia pastu suddenly 1 day tu tetiba dia taruk gambau dia with the other person, mesti kau rasa kecewa kan, haaa kann kecewa sedih bermacam rasa lagi kan,,http://matcuoi.com haaaa padan la muka kau sape suruh kau stalker dia http://matcuoi.com


kadang aku pun ada juga rasa macam tu walaupun aku tak berniat pun nak rasa macam tu, masa tu aku rasa wehh kenapa aku rasa macam ni, tak suka betul but alaa masa tu je, bila dah orang yang kau stalker buat demikian lepas tu kau mesti dah tak nak stalk dia lagi, bagus http://matcuoi.com ni la yang kau patut buat dari dulu lagi, tak payah la nak rasa sedih dulu baru berhenti stalk, stop it girl. 


jadi kan kesimpulan nya kalau tak nak panjang-panjang cerita ni, apa kata kau sekadar stalk aje, okey, buat biasa-biasa je. no heart feeling, no hard feeling.http://matcuoi.com





 ohh baru aku ingat, ada 1 lagu pasal stalk2 ni kan...

I Stalk Your Profile - Jazz Hayat

Ini kisah sedihku..
Aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti..
Disaat kau di sisiku..
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh warna warni seperti pelangi..
Ku akui ku rindukan mu,
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku bila kau sudah berpunya..

I stalk your profile
When i miss you,
Tengok semua gambar u tanpa jemu
I stalk your profile
When i miss you,
Adakah kau juga memikirkan ku,
Semua gambar-gambar you bersama sidia
Dalam caption nya katamu aku cinta dia
Reaksiku meluat tapi sedih pun ada
Memang kau ini player tapi malangnya ku mau kau jua

I stalk your profile
When i miss you,
Tengok semua gambar u tanpa jemu
I stalk your profile
When i miss you,
Adakah kau juga memikirkan ku,
Kau seolah memberi ku harapan
Di saat sunyi.. rasa kesepian
Kau seolah.. memainkan perasaan
Ingin ku membencimu tapi aku yang tak tahan

I stalk your profile
When i miss you,
Tengok semua gambar you tanpa jemu
I stalk your profile
When i miss you,
Adakah kau juga memikirkan ku,

I stalk your profile
When i miss you,
Tengok semua gambar u tanpa jemu
Adakah cinta dibalas…



akhir kata dari aku, ini bukan cerita aku, percaya tak, percayalahhhhhhh http://matcuoi.com 

ini semua entah pape je.